Evolusi Material Stem Pipa

Stem untuk pipa adalah satu komponen yang sangat penting. Kebiasaannya ia adalah 30% dari binaan pipa itu sendiri, menjadikannya komponen kedua terbesar selepas bowl sesebuah pipa. Stem adalah bahagian di mana asap dari pembakaran tembakau yang berlaku di dalam bowl sesebuah pipa disalurkan ke mulut pemipa, selepas ia melalui shank. Pendek kata, gabungan shank dan stem membentuk satu kapilari dimana asap tembakau itu dilalukan.

Jika bowl pipa merangkumi aspek kejuruteraan di dalam pembuatannya dan keindahan material, stem pula adalah peneraju ergonomik pipa. Bukan di tangan kita, bahkan lebih intim lagi yakni di bibir seseorang pemipa itu sendiri. Faktor besar keselesaan seorang pemipa itu terletak pada stem, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengulit / menggigit stem ketika berpipa.

Stem atau juga disebut “bit” pipa (walaupun bit sebenarnya merujuk kepada bahagian kecil sebelum lip) terkadangnya, diperbuat dari pelbagai jenis material seperti tanduk, tulang, kayu, amber, vulcanite (sejenis getah), bakelite dan akrilik (sejenis plastik) dan bermacam lagi bahan yang kita mampu bayangkan. Kita akan lihat dengan lebih lanjut mengenai material stem dikemudian hari kelak dan hari ini kita akan membincangkan sedikit mengenai evolusi dan signifikasi “stem khusus” (atau stem pipa yang berasingan bahan dari konstruksi sesebuah pipa) berbanding dengan rekabentuk pipa yang asal – yakni pipa yang hanya terdiri dari satu material tanpa stem yang berasingan.

Cuba kita lihat pada pipa-pipa prototaip zaman terdahulu, kebiasaannya ia diperbuat dari satu material sahaja bukan? Malah konsep satu material ini masih kekal di dalam pembinaan pipa clay yang bersifat rudimentari sehinggalah ke zaman sekarang; di mana acuan tuangnya menghasilkan keseluruhan pipa secara sekaligus. Ia berfungsi dengan baik akan tetapi haba yang mengalir menyebabkan stem pipa clay mudah panas sepertimana bowlnya dan hal ini bukanlah sesuatu yang baik.

Semakin manusia mengecapi kemajuan, nilai-nilai keselesaan makin dititik-beratkan justeru itu ia tidak mengambil masa yang lama buat manusia untuk “evolve” dan mencari bahan yang bukan pengalir haba yang baik demi mengakhiri ketidakselesaan dan kepanasan di bibir ketika berpipa. Dan dengan itu stem untuk pipa pun diadaptasikan di pipa-pipa clay dan juga pipa-pipa dari material lain. Bahkan pipa clay yang masih dijual kini juga banyak menawarkan produk-produk mereka yang disertakan dengan stem akrilik. Itu adalah satu contoh pengekalan tradisi sambil terus berevolusi!

Evolusi kemanusiaan juga mencakupi penambahbaikan di dalam hal-hal kebersihan yang mengambil berat akan faktor-faktor hygienic. Dari Black Plague, Malaria, Tuberculosis, AIDS, membawa ke Mad Cow hinggalah ke Bird’s Flu, manusia senantiasa terancam di dalam kehidupan mereka dan dari sinilah faktor hygienic dan kebersihan kendiri itu menjadi semakin penting. Sudah tentu sesebuah pipa itu adalah jauh dari superbugs dan rangkaian jangkitan Ini dek kerana kita jarang berkongsi pipa, akan tetapi ia masih terdedah kepada kekotoran dan jelaga hasil proses pembakaran, memberikan satu sebab yang kukuh mengapa sesebuah pipa harus selalu dibersihkan. Dan dengan bahagian stem yang dibina berasingan, ia sebenarnya memberi peluang yang baik untuk pemipa membersihkan bahagian dalaman shank, tenon, mortise dan sebagainya, berbanding dengan pipa-pipa “one piece” dimana agak sukar untuk kita mencapai bahagian-bahagian tersembunyi sebegini. Ia membantu menutup peluang untuk pembinaan tar dan buildup di bahagian tersebut, menjadikan pipa kita lebih bersih, segar dan sedia untuk digunakan secara lebih kerap.

Ketaksuban manusia abad ini dengan penyakit dan kesan sampingan produk tembakau juga menyaksikan beberapa jenis penapis / filter untuk pipa juga dihasilkan. Filter-filter ini bukan sahaja bertindak sebagai agen pengering di bahagian dalam shank tetapi ia juga menapis tar dan nikotin, mengurangkan kadar penerimaan bahan-bahan ini pada peratusan tertentu yang lebih kecil. Ini adalah sangat penting bagi mereka yang cenderung tidak mampu untuk menangani unsur nikotin secara berlebihan. Penapis-penapis sebegini datang di dalam bermacam saiz, dan penggunaan stem khusus dapat membolehkan filter-filter ini ditempatkan di dalam sistem pipa anda.

Masih terdapat satu lagi faktor akan mengapa stem pipa diciptakan secara khusus – iaitu faktor keberadaan material. Saya yakin yang faktor ini bukanlah penyebab utama evolusi rekacipta stem pipa ini kerana ketika stem berasingan mulai digunakan, dunia masih memiliki banyak pohon erica arborea tanpa perlu takut akan kepupusannya sepertimana yang kita mulai takut sekarang. Jadi faktor ini adalah lebih kepada satu “posthumous factor”, dimana secara ideal nya penggunaan stem dari material lain sudah tentu dapat menjimatkan penggunaan briar secara 100% untuk sesebuah pipa. Sebagai pemipa moden yang peka dengan dilema keberadaan material zaman ini, kita tentunya dapat merasai dan membayangkan akan kejerihan untuk mendapatkan briar terutamanya dari pokok-pokok yang memiliki usia yang sesuai untuk dituai dan diproses menjadi sebuah pipa.

Dengan faktor-faktor ini tentunya kita sedar akan signifikasi kewujudan stem khusus untuk pipa yang memiliki sebab-sebab dan tujuan yang jitu kenapa ia diciptakan. Malah, sebenarnya ia adalah lebih rumit untuk dihasilkan. Menghasilkan sesebuah stem bukanlah satu proses yang mudah; pengasas MAMPOS yang juga pipemaker tempatan Cikgu Joe Kamari sendiri pernah memberikan input kepada saya akan betapa sukar, rumit dan “time consuming”nya proses menghasilkan sesebuah stem untuk pipa. Kita harus bersyukur yang kreasi dan curahan tenaga dari pipemakers ini dapat membantu pipa-pipa berevolusi bukan setakat dari functionality dan ergonomik, malah turut menyorot lebih jauh ke arah hygiene control dan sustainability / keberadaan briar secara amnya.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s